Friday, October 13, 2017

YAKIN

Yayasan Kebijakan Nusantara (YAKIN) 

Adalah sebuah badan kebajikan NGO yang bertujuan memenuhi hasrat dan harapan umat Islam khususnya di malaysia dan amnya di seluruh nusantara. YAKIN didaftarkan pada 31 Mac 1995 sebagai sebuah syarikat berhad dibawah seksyen 24 (1) Akta Syarikat 1965 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (LHDN.01/35/42/51/179-6.4482)


Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKIN
  • TAN SRI DATO' HASHIM BIN MEON - Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara 
  • USTAZ TN. HJ. ISMAIL OMAR - Pengarah Eksekutif YAKIN, Sekolah Tahfiz & Kemahiran Kiblah
  • DATO' MOHAMAD BIN MD YASIN  - Mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  • TN. HJ. MOHD FAUZY BIN ABDULLAH - Mantan Chief General Manager BBMB CEO Capitol Corp Securities
  • FAHMI FAISAL - Akauntan
  • TN. HJ. REZAN BIN MOHD NOR - Pensara MPPP
  • PROF. SITI ZAWIYAH BINTI OMAR - Ketua Jabatan Ginekologi Pusat Perobatan Universiti Malaya 
  • USTAZ MAHMUD - Pengarah Urusan SRI KIBLAH KELANTAN  
  • TN. HJ. JAAFAR BIN SALLEH - Alumni Pelajar - Pelajar Saudi                                        

Matlamat YAKIN
  • Mengekalkan pembelajaran terhadap peningkatan kefahaman Islam.
  • Menyumbang atau menjamin kos pembiayaan perkembangan kebajikan serta lain-lain matlamat yang berlandaskan Islam.
  • Menyumbang terhadap penubuhan, pembinaan, pembaikan atau pentadbiran institusi, pusat, masjid, surau atau tempat yang menjalankan aktiviti Islam.
  • Menyumbang terhadap peningkatan, pembinaan dan pentadbiran pusat pengajian dan latihan.
  • Mengurus, menganjur program pengajian, pengkajian, seminar, wancana dan perkhemahan dalam meningkatkan kefahaman, prinsip, teori dan praktis dalam bidang sosio-politik-ekonomi.
  • Mentadbir, menyumbang biasiswa dan bantuan kewangan dalam pengajian yang bermanfaat kepada orang Islam di sekolah, kolej, politeknik dan universiti.
  • Membina, memelihara, menjamin, mengurus pusat kesihatan, hospital, pusat pemulihan atau lain-lain yang seumpamanya.
  • Menolong dan menyumbang kepada yang memerlukan dan yang miskin menyebabkan mereka tidak dapat menyara diri sendiri.
  • Mencetak, menerbit dan menjual atau mengedar akhbar, jurnal, buletin, buku yang dapat memenuhi objektif YAKIN.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang halal bagi mencapai objektif YAKIN.
  • Mengurus dan membantu orang Islam dan yang baru memeluk Islam dalam pelajaran, kesihatan, kesukanan dan rekreasi bagi keselesaan mereka.
  • Bekerjasama dan bertukar-tukar nasehat, pengurusan dan pengalaman dengan organisasi, yayasan dalam dan luar negeri bagi menyelaraskan kegiatan dan tujuan YAKIN.

Alamat YAKIN (YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA)

Lot 30774, Lorong Sentosa,
Jenderam Height, Bukit Unggul
43800 Sepang, Selangor 


GPS Jenderam N 2 52 32.62"  / E 101 44' 3.97"


MAP 

No comments: