Friday, September 29, 2017

SINAR4ROHINGYA - Solidariti Untuk Kemanusiaan sebagai usaha menghentikan kekejaman terhadap etnik minoriti Rohingya di Myanmar.

SINAR4ROHINGYA - Satu jawatankuasa penyelaras Sekretariat SINAR4ROHINGYA ditubuhkan dalam mesyuarat di antara sekretariat dengan beberapa NGO terlibat di Kumpulan Media Karangkraf.

“Dalam mesyuarat ini, kita setuju tubuhkan satu jawatankuasa penyelaras yang melibatkan enam wakil NGO dan urus setia sekretariat.

“Mereka bertanggungjawab memperincikan cadangan-cadangan, sekaligus memantau aktiviti NGO terlibat. Sebanyak 105 NGO bergabung membentuk Sekretariat SINAR4ROHINGYA- Solidariti Untuk Kemanusiaan sebagai usaha menghentikan kekejaman terhadap etnik minoriti Rohingya di Myanmar.

Sekretariat ini tidak akan duplicate aktiviti-aktiviti NGO sedia ada, sebaliknya peranan sekretariat ini untuk membantu dan memberi sokongan kepada NGO terlibat melalui pengagihan dana.

“Dana tersebut akan dibahagikan kepada NGO bergantung pada keperluan masing-masing,” tidak melupakan objektif utama sekretariat itu yang diwujudkan untuk membantu pelarian Rohingya termasuklah yang berada di Malaysia.

“Kita perlu ingat tujuan utama sekretariat ditubuhkan adalah semata-mata untuk beri sokongan kepada NGO terlibat dalam misi bantuan warga Rohingya.

“Setakat ini, jumlah dana terkumpul lebih kurang RM200,000 namun jumlah tersebut masih belum dapat menampung keperluan pelarian tersebut. Justeru, sekretariat akan meneruskan usaha untuk capai objektif utama kita,”
















No comments: