Friday, April 13, 2018

ZIARAH ROMBONGAN UNIVERSITI ASSUNNAH DARI MEDAN INDONESIA

Ziarah dua hari ke Kiblah olih rombongan Universiti AsSunnah dari Medan Indonesia yang di ketuai olih Dr Muslim dan dihadiri bersama Ustaz Ahmad Yani dari Karangkraf. 12 - 13 April 2018





Sunday, February 25, 2018

SRI KIBLAH VISITATION


Kunjungan Ke Sekolah Rendah Islam KIBLAH Kota Bharu Kelantan
Ahad, 25 Februari 2018

Pendidikan yang mengedepankan Ilmu Amal dan Taqwa adalah investasi terbaik orang tua bagi anak-anak mereka, membangun generasi Qurani berawal di sini.







Saturday, February 24, 2018

KESATUAN UMMAH

SEMINAR KESATUAN UMMAH 1.0
Anjuran Bersama Sekretariat Masyaikh Sunnah Kelantan
Dan
Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA)
Sabtu, 24 Februari 2018









MANHAJ AHLI ASSUNNAH WALJAMAAH



SEMINAR KESATUAN UMMAH 1.0
24 FEBRUARI 2018
EMASLINK PASIFIC HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN.
            
RESOLUSI SEMINAR
  1. Setiap insan yang mengaku dirinya muslim wajib mengetahui apakah Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah untuk diyakini dan diamalkan didalam kehidupan seharian mereka. Kaedah susunan Manhaj ASWJ merupakan prinsip dasar Islam tulin yang bersesuaian sebagai pendekatan metologi fahaman agama semasa.
  2. Konsep demokrasi tidak sepenuhnya bertentangan dari ajaran Islam secara mutlak. Dalam masa yang sama ianya juga tidak memenuhi kehendak Islam sepenuhnya
  3. Proses pilihanraya dalam menentukan siapakah pemimpin dari kalangan yang beriman kpd Allah dan Rasul serta berakhlak yang baik, merupakan prinsip dan konsep demokrasi yang masih dalam ruang lingkup pemilihan pemimpin dalam masyarakat Islam.
  4. Majoriti suara di dalam sistem demokrasi sehingga tercipta undang- undang yang bertentangan dengan hukum syarak dan undang- undang ALLAH adalah bercanggah dengan kehendak Islam. 
  5. Dakwah kepada kesatuan ummah adalah menjadi pirioriti kepada gerakkerja dakwah bagi setiap diri yang bergelar asatizah.
  6. Prinsip utama kepada kesatuan ummah ialah umat Islam wajib berada di atas  landasan dakwah Rasulullah saw ia itu Al Quran dan Sunnah Nabi saw.
  7. Perbezaan pendapat adalah sunnatullah yang tidak dapat tidak akan tetap berlaku dikalangan umat Islam. Ikhtilaf dalam masalah furu’ agama akan terus berlaku. Saling berbalah didalam masalahnya yang menyebabkan berpecah belah atau iftiraq adalah haram. 
  8. Wajib bagi pendokong- pendokong sunnah untuk mengetahui bagaimana kaedah menangani perbezaan pendapat sesama umat Islam dalam konteks fiqh alikhtilaf atau adab alikhtilaf.
  9. Pendokong-pendokong sunnah mesti berani mendaulatkan sunnah merentasi kepentingan politik. Jangan kerana politik, sunnah menjadi terasing. 
  10. Pendokong- pendokong sunnah hendaklah memberi kefahaman kepada orang awam tentang aliran sunnah dengan juga menonjolkan ulama- ulama yang tidak berasal atau tidak belajar di Arab Saudi. Ini akan mengikis fahaman "kewahabian"  keatas amalan-amalan sunnah yang hakikat sebenanya adalah bertepatan dengan ajaran Rasulullah saw.
  11. Allah SWT memilih pejuang-pejuang sunnah dan ianya tidaklah berlaku secara kebetulan. Pejuang sunnah mestilah  menjadi orang yg paling berakhlak dengan akhlak Rasulullah saw. 


Disediakan oleh:
Mohd Nasser b Long
Setiausaha 
Seminar Kesatuan Ummah 1.0
Kota Bharu.

Disahkan oleh:
Ustaz Zahiruddin bin Ahmad@Mohd Zain.
Pengarah
Seminar Kesatuan Ummah 1.0
Kota Bharu






G





Friday, February 2, 2018

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM SHEIKH ABDULLAH HAMAD AL JALALY



ALHAMDULILLAH menyambut kedatangan tamu kehormatan kami yang amat banyak berjasa kepada penubuhan sekolah dan juga kompleks pendidikan YAKIN pada Selasa 23 Januari 2018.











Thursday, January 4, 2018

KUNJUNGAN DARUL QURAN WAL HADITH KUALA KANGSAR

Alhamdulillah Kiblah menerima kunjungan Syeikh Maulana Fakhrul Razi dan Ustaz Amri dari Darul Quran wal Hadith Kuala Kangsar pagi ini 24 Disember 2017 untuk usahasama dalam bidang Biro Pendidikan GASMA. Semoga Allah memberkati segala usaha bersama.


MENCETAK GENERASI QURANI

Turut hadir dalam Year End Ceremony The Sunnah School Setia Alam 16 Disember 2017















VIDEO KULIAH KHAS DAN MAJLIS PENUTUP MULTAQA TAHUNAN GASMA KE-2, 2017

Kuliah Khas & Majlis Penutup Multaqa Tahunan Ke-2 GASMA 2017